Wednesday, 23 October 2013

Preparation Nikah - Part 1

17 . 08 . 2013 
Majlis Pernikahan Zurain & Ridzuan

        Sebenaqnya untuk majlis nikah ni tak makan banyak belanja sangat pon kalau pandai adjust kos dan riki awai2 apa yang nak guna pakai masa majlis . Dan bg kak peah sendiri untuk majlis nikah ni lagi simple lagi la lawa dan nampak class gitu . Satu lg PUTIH mmg SANGAT kena dgn NIKAH . 

       So kalau ampa nak nampak suci murni bersih berseri masa majlis nikah , pilih lah kaler putih , off white atau kaler2 pastel yg lembut selembut2nya . sbb time hari biasa kan kita dh pakai kaler mcm2 dah kan , so time hari special ni la yg nak bg nampak lain sikit tu .

So berbalik kepada persiapan majlis nikah ni , berikut adalah list2 benda penting untuk majlis pernikahan yg sederhana :)

Persiapan Awal

1) Kursus Pra-perkahwinan (amik awai2 pon takpa . tak kalut )
2) HIV test (valid utk 6 bulan ja)
3) Dokumen (semua yg berkaitan)
4) Kad jemputan majlis
5) Setem pos kad jemputan
6) Banner
7) Pilih tema majlis (kedua-dua belah pasangan pengatin)
8) Pilih menu makanan untuk tetamu ( jika menggunakan khidmat katering)
 
Majlis Akad Nikah

1) Baju nikah, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju nikah, samping, dan songkok (lelaki)
3) Upacara batal air sembahyang (rantai, cincin, gelang tangan)
4) Mas kahwin
5) Upah kadi
6) Doogrift ( contoh: bunga telur, cenderamata, kuih, sweet)
7) Bantal duduk
8) Photographer
8) Make up (mak andam)
 
 
 
Ni lah yg ala2 basic benda yg nak kena pikiaq siap2 before majlis . Dalam 6 bulan before majlis tu dh boleh dh start berangan2 , draf2 idea atau pon buat review baju camna nak pakai , pelamin , makeup dan semua2 tu lah . 
 
Tapi kalau mcm kes kak peah ni pulak , 3 bulan sebelum majlis br decide tarikh nikah . kalut gak la sikit2 sebab stay kl , rumah kat loqstaq . So apa2 helo ja la. Dan sememangnya family dan kawan2 lah yg banyak tolong . Kalau kata semua benda nak buat dgn kederat 2 tangan ni , mmg tak cukup . Jadi , jgn lah segan2 nak mintak tlg adik beradik atau kawan2 . Mmg jeneh keja2 kawen ni kena distribute sikit2 . Takpa , nnti upah la depa cekelat . hehe .. takpon camni , deal lah . kenuri aku ang tolong , kenuri ang aku tolong balik . gitewww :)

No comments:

Post a Comment